Blogger Widgets

Cari Resepi di Sini

Ahad, 25 November 2012

KUIH SAGU


RESEPI

Bahan-bahan

1 cawan sagu biji 
2 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
pewarna ikut suka
1/2 biji kelapa parut putih sahaja(yg agk muda)
secubit garam
1/2 sdt esen rose

Cara-cara

1. Panaskan periuk pengukus (balutkn penutup kukusan dgn tuala bersih)
2. Dalam periuk yang lain, jerangkan air + gula + pewarna kesukaan + esen rose.. sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan sagu biji dan kacau rata.
4.Apabila sagu nampak pekat sedikit, masukkan ke dalam loyang atau dlm acuan kecil2 pn ok (lebih senang, x payah nk dipotong2)
5. Kukus sagu tersebut selama 20 minit.
6. Gaul kelapa dgn secubit garam
Walaupun kuih ini boleh dimasak terus dalam periuk, klau dikukus, hasilnya lebih cantik sebab sagunya akan nampak berbiji-biji dan lebih enak lagi rasanya.
7. Bila masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa, taraaaaaaa..siap..

SELAMAT MENCUBA

MEMASAK DGN PENUH KSH SYG BUAT YG TRSYNG N TRCINTA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...